Yanne Nadila and seventeen :) it's my life,let me live it.

4 February 2013

kerja dan gaji

assalamualaikum..

agak lama jugak aku tinggalkan blog ni..rasa macam dah tak ingat pasal blog yang kosong tak bepaedah langsung ni .
bukan ape,aku sibuk kerja..haa!dengar tak?aku kerja wohoo!haha bayangkan aku yang tak pernah keluar rumah,naik bus sorang tiba-tiba kerja.baru post lepas aku cakap pasal perancangan yang gagal.akhirnya ade jugak perancangan aku yang tercapai dalam semua tu haha yang lain tu aku rancang lepas berhenti kerja.
aku dapat kerja ni pon,syafiqah yang tolong.die kerja sane,pastu ade orang nak berhenti,so die bagi la name aku kat madam..haha nampak tak,sekarang ni semua benda kau kene ade orang dalam,kalau tak jadi lah macam masa kau mintak keje kat ayameh dgn ayam kentucky goreng tu.haha
so,hari pertama kerja tu aku memang lah,awkward sikit,tak kenal sape2 sgt kecuali syafiqah dengan kamala,i mean kanaga..kitorang tukar name dia haha
pastu dah lame kerja makin byk aku buat silap haha makin byk jugak kene bebel,tapi takpe bukan nya kene tengking pon.kene bebel pon gelak boleh lagi haha.sepanjang aku kerja tu aku dah jumpa banyak orang..yang cerewet gial kalau kau salah potostat dia marah,sedangkan kitorang boleh potostat baru.yang nak cepat,macam dia sorang je yang keje hari tu,macam dia sorag je pelanggan.ko hengat ko VIP???
pastu yang ramah gila ,kadang2 kalau lelaki or pakcik kitorang ingat die menggatai,yang pompuan or makcik kitorang pikir dia mintak discount..okay,pengajaran:tak baik bersangka buruk.

lepastu ade pulak yang jetjet kaya,bila kata potostat kaler rm1.50 die kata "mahalnya!" maaf bang,takde bende percuma dan murah lagi pada tahun 2013 ni,memandangkan bajet 2013 pun ntah pape.eh,terselit politik jap.saya bebas politik.ahaksss kbye.
ada jugak yang biasa2 je,cakap pun ramah,tak cerewet,tengok datang naik kereta mers.kbye pakcik ada anak lelaki tak?haha gila.

so esok lusa mungkin aku dapat gaji hehe meh sini sape nak kene belanja?haha tapi seminggu ni mesti penat memandangkan madam n boss dah nak raya cina kan..satu kedai kene bersihkan..haha lepas tu kerja lagi sebulan sampai akhir bulan 2.
lepastu nak buat apa?menganggur?
taklah nak ambiklesen kereta,dannnn satu lagi kelas menjahit yeaayyy !!
doakan lah semua berjalan lancar .amin :)
lepastu akhir bulan 5  dan awal bulan 6 aku sepatutnya akan berada di kampung halaman yang dah 10 tahun tak nampak depan mata ni..rindunya!
tapi masalah sekarang time tu u tgh wat intake kan?haaa aku sedih bab ni...
takut1 nanti mane taukan,ulang mane taukan aku dapat U ke..kalau dapat kan..memang tak dapat lah balik kampung...wuwuwuuw T.T

aku balik kampung ade banyak tujuan..
pertama,aku nak jumpa atuk dengan nenek tiri aku..lama nya tak jumpa!10 tahun wehhh!

kedua kau nak ziarah kubur moyang aku yang selama mak aku membesar die yang jaga,bukan sebab nenek aku meninggal ke apa,,nenek aku dah kahwin lain,so kan mmg lebih baik diberi kepada nenek mak sendiri..
tapi mak kate,kubur moyang ada kat kawasan runah arwah dulu,tapi kawasan tu dah jadi hutan sebab semua orang dah pindah ke bandar semua,jadi kalau dah jadi hutan,banyak lah babi hutan hikhokkkk hha

ketiga aku nak shopping hhaha aku dah bajet,gaji bulan kedua untuk shopping kat sane,bukit tinggi mari muehehehe

pastu ronda satu Padang,aku bukan cakap pasal padang bola atau padang golg,tapi daerah dalam negara indonesia di Sumatera Barat tu haha memandangkan kampung aku memang terkenal dengan budaya yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas ,and kehijauan yang hijau.wahhh seronoknya!
banyak lagi la .aku nak spend mase aku kat sane sebaik mungkin memandangkan aku dah lama tak rasa pengalaman ni..

so doakan aku panjang umur sempat sampai sana,pastu murah rezeki takde halangan amin :)

kepada lepasan spm,spent lah mase anda sebaik mungkin.kerja ,jangan merempit prem prem sana sini,lepak kat BB nak hot semata zzzzzzzzz...haa macam aieaie,sekarang baca buku lah,cayalah aku tak tau dia orang ke alien.eh hai khairi haha

salam :)

10 December 2012

perancangan yang nampak gagal

assalamualaikum
mannnn,bloh ni dah lama tak buka aku rase okwerd plak..so mari la kite melepaskan rindu yang mendalam ni..mendalam la kau sangat..
habis spm ni macam taktau nakbuat ape..haa ni la keje aku sekarang,bukak twitter,stalk orang,sampai omputeh seksi pun aku stalk tahu?ya Allah..semua gara-gara bosan...
nak kerja,macam senang sangat nak dapat,kene mintak pastu nak interview la..hey,aku setakat spm,takkan nak interview jugak setakat kerja kat ke ef cey tu...
penat tau menanam anggur tiap hari kat rumah..well sebenarnya aku dah rancang nak buat ape sementara tunggu result SPM.okay ni dia plan tu:
PERTAMA,aku nak belajar tailoring ataupun menjahit macam orang sebut,yelah sekarang ni kalau pandai mane pun ko tak ade kemahiran langsung tak guna kan?dengan cabaran hidup sekarang makin tinggi.tengok aku pikir mase depan jugak..lagipun aku minat bidang  ni sebab seronok tau!bagi orang yang minat je la,kalau tak minat ko sogok macamne pun kain,mesin jahit tak tersentuh jugak kan?lagi satu ayah kate walaupun dah jadi cikgu ke (memandang kan aku memang cita2 nak jadi cikgu kimia kan),kenelah ade hasil pendapatan sendiri,selain harapkan gaji sekali sebulan ntah berapa sangat tuu..nanti mane tahu dah kahwin nak jaga anak,berhenti kerja,tak tau nak buat ape,so kalau pandai kemahiran,boleh buat duit kat rumah sambil jaga anak kan bagus!
tapi,cuti 3 bulan je,kelas tu agak2 6 bulan tau,tulahh tengah pikir ni..pikir yannr,pikir lame-lame pastu tak jadi bagus.
 KEDUA,amik lesen kereta.haha konon nampak budak kelas aku macam faiz,amir,syed,natrah naik kereta seronok je,aku pun mengade nak bawak kereta jugak.tapi bila pikir balik,kereta family aku satu je,memandangkan yang selalu bawak mak aku,kitorang mengikut je,lagipon kalau nak sangat tu haa lori ayah aku,tak mampu jugak aku bawak haha
KETIGA,kalau aku dah pandai menjahit,aku nak buat brand sendiri macam OBB,Calaqisya,..jangan gelak!haha mimpi boleh jadi kenyataan kan?tapi kalau ikut kemampuan aku sekarang,aku baru 17 tahun,selalunya orang yang buat brand sendiri ni dah ade modal sikit,umur pun dah 20 lebih kan?tapi takpe insyaAllah,aku cuba!tapi bukan sekarang hehe
 so banyak perancangan aku sebenarnya,tapi tak tercapai lagi.bukan senang kita nak buat sesuatu benda,kene sabar,kene usaha kan?
so doakan aku dapat result SPM yang cantik,aku ada brand sendiri,and aku dapat sambung belajar! amin :)

17 September 2012

Tak Lari Gunung Di Kejar

assalamualaikum.

LAMANYA TAK BUKA BLOG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! I REALLY MEAN IT.
nantilah lepas SPM ke,mood exam konon.ececeh hehe
jumpa lagi :)

9 August 2012

PROUD OF YOU,DLCW !

DATUK LEE CHONG WEI ...





jangan sedih,
jangan nangis.
jangan cakap "i'm sorry".
your tears make our heart brokedown.

because of you,
I know the meaning of strives,
I know the meaning of friendship,
I know the meaning of the cheers,
and I know what Malaysians need.

Yes,we want the gold,
yes we want to hear Negaraku song played in London,
 but the effort you give is enough to prove that you have done the best you can,
to make us proud.

so, dont worry,
we don't  mind about that gold medal
 because we proud to be a Malaysians

we want you always like this !!!!

You are a champion and you should know that.
YOU deserve the title of Datuk.
Datuk Lee Chong Wei.




THANK YOU DATUK LEE CHONG WEI .